TANAH JAMBU, Friday, 10 July 2026 – The Junior Officer Development Course (JODC) Serial 02/2026 continued with the Military Studies Module focusing on War Studies and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Systems and Policies. The module is designed to equip course participants’ with the fundamental understanding of warfare, and the organisational functions and processes of the RBAF.
Throughout the module, course participants were taught on the Fundamentals and Theories of War, the Evolution of Warfare, and Emerging Military Technologies. Course participants also completed a group presentation assessment designed to evaluate their ability in conducting research, analysis and articulating military concepts while strengthening teamwork and critical-thinking skills. Course participants were also introduced to the RBAF systems, processes and policies related to logistics, finance and procurement, military law, personnel administration, pay and allowances, and C4I. At the end of the module, course participants undertook a Military Studies written examination to assess understanding on all the subjects covered, as well as the ability to apply the knowledge gained throughout the module.




TANAH JAMBU, Juma’at, 10 Julai 2026 – Junior Officer Development Course (JODC) siri 02/2026 diteruskan dengan Modul Pengajian Ketenteraan yang memberi tumpuan kepada Pengajian Peperangan serta Sistem dan Dasar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Modul ini bertujuan untuk melengkapkan peserta kursus dengan pemahaman asas mengenai peperangan serta fungsi dan proses organisasi ABDB.
Di sepanjang modul ini, peserta kursus telah didedahkan kepada Asas dan Teori Peperangan, Perkembangan Peperangan serta Teknologi Ketenteraan yang sedang berkembang. Peserta kursus juga menjalani penilaian pembentangan secara berkumpulan bagi menguji keupayaan dalam menjalankan penyelidikan, membuat analisis serta pemberigaan konsep ketenteraan, dalam masa yang sama meningkatkan lagi kemahiran berfikir secara kritis dan kerjasama sepasukan. Selain itu, peserta kursus diberikan pendedahan mengenai sistem, proses dan dasar ABDB yang berkaitan dengan lojistik, kewangan dan perolehan, undang-undang ketenteraan, pentabiran anggota, gaji dan elaun, serta C4I. Sebagai penilaian di akhir modul ini, peserta kursus telah menduduki peperiksaan bertulis Pengajian Ketenteraan untuk menilai tahap pemahaman terhadap mata pelajaran yang telah disampaikan, serta penilaian kebolehan mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi disepanjang pembelajaran modul tersebut.