TANAH JAMBU, Friday, 09 September 2026 – The Security Studies Module have commenced with lessons providing course participants with an introduction to key concepts, theories and contemporary issues shaping the current strategic environment. Lessons were further complemented by talks from Defence Adviser of Singapore and Defence Attaché of the People’s Republic of China, with sharing sessions of their respective national perspectives on security and regional developments. The Security Studies module aims to strengthen course participants’ understanding and analytical appreciation of the contemporary security challenges that shape the strategic environment. Key areas included traditional and non-traditional security threats, great power dynamics and transnational security challenges and international organisations’ role in regional conflict management.

Additionally, lessons on Brunei Darussalam’s security policy further examined how a small state can safeguard its national interests through a Whole of Nation approach and defence diplomacy, with discussions surrounding emerging challenges of regional security, including global supply chain disruptions, terrorism and climate change as well as the interplay between great power competition and ASEAN. These discussions enabled course participants to consider how ASEAN can navigate an increasingly complex strategic environment by maintaining regional dialogue, managing the effect of strategic competition, and promoting collective interests.

The module culminated in a ‘Game Theory’ exercise ‘Exercise SILENT HARVEST’. This exercise provided course participants with an opportunity to apply the concepts discussed throughout the module in a simulated regional security scenario. The exercise highlighted the importance of negotiation and cooperation in managing regional security challenges while balancing national priorities with broader regional stability.

KURSUS STAF PERTENGAHAN 26/2026 – MODUL SECURITY STUDIES

TANAH JAMBU, Jumaat, 09 September 2026 – Modul Security Studies telah bermula yang memberikan para peserta kursus pendedahan kepada konsep-konsep utama, teori serta isu-isu semasa yang membentuk persekitaran strategik masa kini. Modul ini turut dilengkapi dengan taklimat daripada Penasihat Pertahanan Singapura dan Atase Pertahanan Republik Rakyat China, yang berkongsi perspektif negara masing-masing mengenai keselamatan negara dan perkembangan keselamatan serantau. Modul ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman dan keupayaan analisis peserta kursus terhadap cabaran keselamatan yang membentuk persekitaran strategik kontemporari. Modul ini meneliti isu-isu keselamatan daripada pelbagai perspektif, termasuk pendekatan teori yang relevan terhadap keselamatan antarabangsa, evolusi persekitaran keselamatan di Indo-Pasifik, serta peranan institusi antarabangsa dan serantau di Asia Tenggara.

Sehubungan itu, pelajaran mengenai dasar keselamatan Negara Brunei Darussalam turut meneliti bagaimana sebuah negara kecil dapat melindungi kepentingan nasionalnya melalui pendekatan senegara dan diplomasi pertahanan. Modul ini juga meneroka cabaran-cabaran baharu terhadap keselamatan serantau, termasuk gangguan rantaian bekalan global, keganasan, dan perubahan iklim di samping interaksi antara persaingan kuasa besar dan ASEAN. Perbincangan ini memberi peluang kepada peserta kursus untuk mengenai peranan ASEAN dalam menangani persekitaran strategik yang semakin kompleks melalui dialog serantau, pengurusan persaingan strategik serta pemajuan kepentingan bersama.

Modul ini diakhiri dengan ‘Eksesais SILENT HARVEST’, yang mana memberi peluang kepada peserta kursus untuk mengaplikasikan konsep-konsep yang dibincangkan sepanjang modul dalam satu senario keselamatan serantau yang disimulasikan. Eksesais tersebut mengetengahkan kepentingan perbincangan dan kerjasama dalam menangani cabaran keselematan serantau, di samping mengimbangi keutamaan negara dengan kestabilan serantau.