TANAH JAMBU, Wednesday, 02 September 2026 – The Command, Leadership and Management module aimed to strengthen course participants’ understanding of the principles of command, leadership, and management while developing their decision-making and leadership abilities across various environments. The module presented course participants with key leadership frameworks and concepts, focusing on the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Leadership Model and its application in guiding effective leadership practice, alongside relevant leadership theories and approaches. These concepts addressed key areas including self–leadership, team leadership, decision–making, ethical leadership and professional growth. Through lessons, syndicate discussions and practical activities, course participants examined the principles and challenges of leadership and the key factors that contribute to effective team and individual performance.

Course participants also gained valuable insights from the Commanding Officer’s (CO) Leadership Forum, where Commanding Officers from the three services shared personal leadership experiences and lessons gained throughout their careers. The session provided practical perspectives on leadership in the military environment and underscored the importance of sound decision–making, adaptability and maintaining a positive mindset when operating in complex and uncertain military environments. The forum also gave course participants a clearer understanding of how leadership concepts are applied when leading personnel, managing competing priorities and exercising judgement. A lesson on Islamic Leadership highlighted the conceptual foundations of Islamic leadership and the integration of Maqasid Shariah principles into ethical decision–making.

The module concluded with a Team Building and Team Learning (TBTL) activity designed to provide course participants with the opportunity to apply leadership concepts and teamwork principles through practical, team-based challenges. The activities reinforced communication and collaboration, while encouraging course participants to work collectively and draw on the  different strengths of syndicate members to complete assigned tasks. The activities also provided an opportunity for course participants to translate classroom learning into practice.

KURSUS STAF PERTENGAHAN 26/2026 – MODUL COMMAND, LEADERSHIP & MANAGEMENT

TANAH JAMBU, Rabu, 02 September 2026 – Modul Command, Leadership and Management bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta kursus mengenai prinsip kepimpinan dan pengurusan serta memperluaskan kebolehan membuat keputusan dan kepimpinan mereka dalam persekitaran yang dinamik. Modul ini turut memperkenalkan peserta kursus kepada rangka kerja kepimpinan yang komprehensif dengan memberi keutamaan kepada Model Kepimpinan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta aplikasinya dalam membentuk kepimpinan yang efektif. Modul ini juga membincangkan teori kepimpinan yang relevan terutama kepimpinan diri serta berpasukan serta membuat keputusan yang beretika. Melalui sesi perbincangan, peserta kursus meneliti prinsip serta cabaran dalam memimpin dan faktor utama yang menyumbang kepada prestasi yang tinggi.

Peserta kursus turut memperoleh pandangan yang bernilai melalui Forum Kepimpinan Pegawai Pemerintah, dimana para Pegawai Pemerintah berkongsi pengalaman kepimpinan serta pengajaran yang ditimba disepanjang kerjaya mereka. Sesi tersebut memberikan perspektif dan menekankan kepentingan membuat keputusan yang tepat, keupayaan menyesuaikan diri dan mengekalkan pemikiran yang positif ketika beroperasi dalam persekitaran yang kompleks. Forum tersebut juga memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada para peserta kursus mengenai bagaimana konsep-konsep kepimpinan diaplikasikan dalam memimpin anggota, mengurus keutamaan yang saling bersaing serta membuat pertimbangan yang sewajarnya. Selain itu, pelajaran mengenai Kepimpinan Islam turut menekankan asas kepimpinan Islam serta penerapan prinsip Maqasid Syariah dalam membuat sebarang keputusan secara beretika.

Modul ini diakhiri dengan aktiviti Team Building and Team Learning (TBTL) yang memberi peluang peserta kursus untuk mengaplikasikan konsep kepimpinan secara berpasukan melalui cabaran praktikal. Aktiviti–aktiviti tersebut meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama dalam kalangan ahli sindiket, disamping mendorong peserta kursus untuk bekerjasama dan memanfaatkan kekuatan yang berbeza bagi menyelesaikan sebarang tugasan.