TANAH JAMBU, Tuesday, 23 June 2026 A total of 29 participants from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) are currently attending the Junior Officer Development Course (JODC) Serial 02/2026. The six-week programme is shaped to cultivate the foundational professional competencies of junior officers within the RBAF, preparing them with the essential leadership, management, and military skills required for their future roles and responsibilities.

The first week of the course commenced with the Command, Leadership and Management (CLM) module designed to develop the junior officers the ability to lead effectively, assert the highest standards of professionalism, construct cohesive teams, and exercise sound judgment in the face of complex and dynamic military challenges in RBAF. The course participants were taught skills in leadership, communication, decision-making, and management skills through lectures and practical exercises in order to enhance their understanding of effective military leadership and responsibilities.The first week began with a number of lectures on Leadership modules, and a practical team building activity held at the Golden Jubilee Crown Park, Bandar Seri Begawan. Through these engagements, the junior officers were encouraged to develop and enhance their leadership and teamwork attributes and sharpen their decision-making skills which are essential for effective leadership in RBAF.

TANAH JAMBU, Selasa, 23 Jun 2026 Seramai 29 peserta daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kini sedang menghadiri Junior Officer Development Course Siri 02/2026. Program selama enam minggu ini direka khas untuk memupuk kompetensi profesional asas dalam kalangan pegawai muda ABDB.

Pada minggu pertama kursus ini menyediakan peserta kursus dengan kemahiran Kepimpinan, Pengurusan dan Ketenteraan (CLM) yang direka bentuk untuk memperkasa pegawai muda dengan keupayaan memimpin secara berkesan, menegakkan tahap profesionalisme yang tertinggi, membentuk pasukan yang bersatu padu, serta membuat keputusan yang betul dalam menghadapi cabaran ketenteraan yang kompleks dan dinamik di ABDB. Peserta kursus dilatih dengan kemahiran di dalam kepimpinan, komunikasi, membuat keputusan dan pengurusan melalui kuliah dan latihan praktikal untuk meningkatan kefahaman tentang kepimpinan tentera yang berkesan serta tugas dan tanggungjawab. Sepanjang modul tersebut, para peserta kursus telah dibekalkan dengan pengetahuan mengenai ciri-ciri utama kepimpinan, kemahiran komunikasi, membuat keputusan dan pengurusan menerusi siri kuliah dan latihan praktikal bagi memperkukuhkan pemahaman mereka terhadap tanggungjawab pemerintahan dan kepimpinan ketenteraan yang berkesan. Minggu pertama kursus dimulakan dengan beberapa siri kuliah, perbincangan dan aktiviti praktikal kerja berpasukan yang diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. Melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti tersebut, para pegawai muda digalakkan untuk membangun dan memperkukuhkan ciri-ciri kepimpinan mereka serta meningkatkan kemahiran membuat keputusan, yang merupakan elemen penting bagi melahirkan kepimpinan yang berkesan dalam ABDB.